profile chat entries credits +follow home



Finally ♥
Wednesday, March 13, 2013@6:22 PM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setelah sekian lama tidak membuat entry baru, setelah berbulan aku meninggalkan dunia blogging, hari ini jari jemari ini menari nari untuk membuat satu entry tentang kehidupan ku yg baru sebagai seorang pelajar KPTM (Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur). 
Terlalu banyak pengalaman, kenangan yg telah tercipta sepanjang aku disana. Bertemu dgn rakan-rakan baru. Pensyarah2 yg semestinya baru bagi aku yg selama ini hanya memanggil tenaga pengajar dgn gelaran Guru/Cikgu. Dan ye, peristiwa-peristiwa baru. Ahh! Serba serbi segalanya barulah, senang cerita.
Dan setelah 2 bulan aku disana, baru hari ini aku cuti agak lama selama seminggu setelah 3 minggu aku tidak balik ke kg halaman bertemu kedua ibu bapaku. Rindu yg semakin sarat didada akhirnya terlerai jua. Setelah aku berjuang dimedan peperiksaan utk Mid Term Exam *berjuang sgt*, akhirnya aku bercuti. Namun begitu, assignment pula yg datang. Alahai...nama pun student college haruslah ada assignment. Tak pelajar kolejlah kalau tak ada assignment kan. By the way, aku enjoy dgn cuti ni. Eventhough, aku sorang2 dirumah dgn ditemani ayah dan mak dan abg yg selalu keluar je mana nak ada dekat rumah kecuali malam, tapi aku tak bosan. Aku happy. Sebabnya, aku dapat merasa masakan mak. Dapat dengar suara Mak 24 hours. Dapat peluk2 Mak. Dapat cium2 Mak. Dan yg paling penting dapat borak dgn Mak lama-lama. 


Mcm dah melampau je cerita aku ni? Okayy kita stop dekat sini k? Eh... saya dah SINGLE !!  Woii ! Harus ke mention? Kahkahkah. Eh suka hati mak ayah saya la. Okayy. Babai. Semoga bertemu di entry yg seterusnya. Eqso eqso dipublisheeeerrr! *knon tiru lisa dlm istanbul aku dtg.. phuihh!*