profile chat entries credits +follow home



Siapa aku ?
Monday, March 5, 2012@10:50 AM

Ya Allah ! aku pernah berpaling dari jalan Mu . Jahilnya aku pada ketika itu . Sebelum aku dilahirkan didunia aku sudah pun berjanji kpd Mu bahawa Engkaulah satu-satunya Tuhan yang layak disembah . Aku berjanji akan sentiasa taat akan segala perintah Mu . Namun diketika aku dilahirkan didunia , aku berpaling dari Mu . Larangan Mu ku jadikan satu hobi . Suruhan Mu ku lengah lengahkan . Aku terlupa seketika bahawa aku ini tarafnya adalah seorang HAMBA . Ya Allah ! Ampuni segala dosaku . Sesungguhnya tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Mu Ya Allah ! Ya Allah ! aku dambakan Kasih Sayang dan Cinta Mu . Ya Allah ! Teguhkanlah Iman ku supaya aku tidak lagi berpaling dari jalan Mu . Ya Allah ! Hindarilah aku dari Siksaan Mu . Ya Allah ! Aku tidak layak utk Syurga Mu tapi tidak pula aku sanggup akan Neraka Mu . Ya Allah ! Berkati hidup dan mati ku . Rahmati hidup dan mati ku . Ya Allah , diantara dua jalan , aku memilih Jalan Mu . Jalan menuju ke Syurga Mu Yang Abadi . Ya Allah , Ampuni segala dosa ku .

Ya Allah . Ingin sekali aku menjadi seorang wanita yang solehah . Seorang wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang . Seorang wanita yang taat akan perintah Mu , taat kpd kedua ibu bapa dan taat kpd insan yang bergelar suami . Ya Allah hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala apa yang terbuku dihati .

* Sebagai seorang manusia , kesilapan lalu dijadikan pedoman untuk kita di masa hadapan . Diantara dua jalan , aku memilih Jalan Nya . Jalan menuju ke Syurga Nya . InsyaAllah ! Dalam proses memperbaiki diri . Dalam proses menutup aurat dgn sempurna , sesempurna yang bolehh . Bermula dgn hanya satu perkenalan , kini aku berubah kerana Mu Ya Allah :) *